Make your own free website on Tripod.com

Prinsip rejangan jet dan roket

1.   Prinsip rejangan jet dan roket adalah berdasarkan kepada Prinsip Keabadian Momentum.
2.   Eksperimen berikut dapat digunakan untuk menunjukkan prinsip rejangan jet dan roket.
3.   Rajah berikut menunjukkan satu belon yang diisi dengan udara dan muncungnya diikat dengan
      seutas benang.

 

4.   Mari kita perhatikan, apakah yang akan berlaku apabila benang pada muncung dibuka.
      Bagaimanakah anda dapat menerangkan kejadian di bawah?

 
 

       Apabila benang di bahagian muncung dibuka, udara akan terpancut keluar.

 
5.   Udara yang terpancut keluar dari muncung menghasilkan suatu momentum ke kiri.
      Momentum belon sama magnitud tetapi bertentangan arah,
      iaitu muvu = mbvb

Di mana mu = jisim udara
             mb = jisim belon
              vu = halaju udara
              vb = halaju belon

 

Enjin jet dan roket

1. Jet-jet pejuang dan roket yang digunakan sekarang juga menggunakan Prinsip Keabadian     Momentum untuk beroperasi.
2. Pembakaran bahan api menghasilkan gas panas yang terpancut keluar dari ekzos dengan laju     yang tinggi.
3. Momentum gas panas akan menghasilkan satu momentum ke arah hadapan.
4. Momentum jet atau roket bertindak ke hadapan, supaya momentumnya sama dengan momentum     gas panas dari ekzos.
5. Maka jet atau roket itu bergerak ke hadapan.

 


Kembali ke kandungan pelajaran

Sila Klik !Lihat contoh kes letupan...