Make your own free website on Tripod.com
Kes 3 :

Gambar rajah di bawah menunjukkan satu zarah berjisim M bergerak ke kanan dengan halaju u1
dan satu zarah berjisim m bergerak ke kiri dengan halaju u2. Zarah berjisim M adalah lebih berat daripada zarah berjisim m.

 
 

Kemudian kedua-dua zarah itu berlanggar secara berdepan.

 
 

Selepas perlanggaran, kedua-dua zarah itu bercantum dan bergerak bersama-sama ke arah kanan dengan satu halaju sepunya v.
 
 

Klip video di bawah menunjukkan keseluruhan proses perlanggaran yang dibincangkan di atas.

 
 

Menurut Prinsip Keabadian Momentum, jumlah momemtum dalam satu sistem adalah tetap dengan
syarat tiada daya luar yang bertindak ke atas sistem tersebut.
Maka,
Jumlah momentum sebelum perlanggaran  =  Jumlah momentum selepas perlanggaran
                                             Mu1 + mu2 = (M + m) v
 
 

Kembali ke kandungan pelajaran

Sila Klik !Lihat contoh-contoh perlanggaran