Make your own free website on Tripod.com

Kes 2 :

Gambar rajah di bawah menunjukkan satu zarah berjisim m1 bergerak ke kanan dengan halaju u1 dan satu zarah berjisim m2 bergerak ke kiri dengan halaju u2.

 
 

Kemudian kedua-dua zarah itu berlanggar secara berdepan.

 
 

Selepas perlanggaran, kedua-dua zarah itu berpisah. Zarah yang berjisim m1 bergerak ke kiri dengan halaju v1. Zarah yang berjisim m2 pula bergerak ke kanan dengan halaju v2.

 
 

Klip video di bawah menunjukkan keseluruhan proses perlanggaran yang dibincangkan di atas.

 
 

Menurut Prinsip Keabadian Momentum, jumlah momemtum dalam satu sistem adalah tetap dengan syarat tiada daya luar yang bertindak ke atas sistem tersebut.
Maka,
Jumlah momentum sebelum perlanggaran  =  Jumlah momentum selepas perlanggaran
                                            m1u1 - m2u2 = m2v2 - m1v1
 

Kembali ke kandungan pelajaran

Sila Klik !Teruskan pelajaran ke kes 3