Make your own free website on Tripod.com
Kes 1:

Gambar rajah di bawah menunjukkan satu zarah berjisim m1 bergerak ke kanan dengan halaju u1
dan satu zarah berjisim m2 bergerak ke kanan dengan halaju u2. Zarah berjisim m1 bergerak dengan lebih cepat daripada zarah berjisim m2.

 

 
 

Kemudian kedua-dua zarah itu berlanggar secara berdepan.

 

 
 

Selepas perlanggaran, kedua-dua zarah itu berpisah. Kedua-dua zarah bergerak ke kanan.Zarah yang berjisim m1 bergerak dengan halaju v1 dan zarah yang berjisim m2 pula bergerak dengan halaju v2.

 

 
 

Klip video di bawah menunjukkan keseluruhan proses perlanggaran yang dibincangkan di atas.

 

Menurut Prinsip Keabadian Momentum, jumlah momemtum dalam satu sistem adalah tetap dengan
syarat tiada daya luar yang bertindak ke atasnya.
Maka,
Jumlah momentum sebelum perlanggaran  =  Jumlah momentum selepas perlanggaran
                                                 m1u1 + m2u2 = m1v1 + m2v2
 
 

Kembali ke kandungan pelajaran

Sila Klik !Teruskan pelajaran ke kes 2