Make your own free website on Tripod.com


10 Kejujuran

? Sikap dan perlakuan yang menunjukkan niat baik, amanah dan ikhlas tanpa mengharapkan sebarang balasan

10.1 Amanah

? Sikap bertanggungjawab yang boleh menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang lain

CIRI-CIRI

? Mempunyai sikap bertanggungjawab ketika menjalankan tugas
? Menunaikan janji positif dan tegas
? Menyimpan rahsia yang diamanahkan
? Bercakap benar, jujur mengenai sesuatu perkara
? Menjaga harta benda yang diamanahkan dengan baik
? Menyampaikan berita yang diamanah dengan tepat
 

10.2 Bercakap Benar

? Menyatakan sesuatu dengan betul dan benar tanpa menokok tambah dan berselindung

CIRI-CIRI

? Berterus-terang, memberi maklumat betul
? Menyatakan sesuatu yang benar dengan bukti kukuh
? Menjaga perasaan dan maruah orang lain
? Jujur dan ikhlas ketika memberi keterangan
? Dipercayai dan dihormati orang lain kerana bercakap benar
 

10.3 Ikhlas

? Kesucian hati tanpa mengharapkan balasan bila melakukan sesuatu

CIRI-CIRI

? Memiliki kesucian hati
? Memberi sumbangan secara suka rela
? Membantu sesiapa sahaja tanpa mengira kaum,jantina dan agama
? Tidak mementingkan diri
? Tidak menunjuk-nunjuk ketika memberi sumbangan
? Tidak mengamalkan diskriminasi
 

Tandatangan buku penghargaan
Lihat Kandungan
Kembali ke laman belajar.
Kembali ke laman Moral