Make your own free website on Tripod.com


2.0 Berdikari

? Kebolehan dan kesanggupan seseorang melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain.

CIRI-CIRI
? Melaksanakan tugas dengan usaha sendiri tanpa mudah berputus asa dan bergantung kepada orang
? Positif, tabah hati dan sabar
? Berusaha, berkeyakinan dan gigih
? Mempunyai ketabahan mental
? Mengembangkan bakat dan potensi
? Tidak bosan untuk berusaha
 

2.1 Bertanggungjawab.

? Kesanggupan seseorang untuk memikul tugas atau kewajipan dan melakukannya dangan sempurna.

CIRI-CIRI

? Menjalankan tugas yang diamanahkan dengan kesungguhan dan kegigihan
? Mengutamakan keselamatan dan kebajikan keluarga
? Bertanggungjawab bagi diri sendiri, keluarga, masyarakat, agama dan negara
? Percaya kepada kemampuan diri sendiri
 

2.2 Berupaya bertindak sendiri.

? Sanggup dan boleh melakukan sesuatu untuk diri sendiri tanpa mengharapkan orang lain.

CIRI-CIRI

? Menunjukkan daya kreativiti dan inisiatif
? Berpandangan jauh
? Menggunakan pengetahuan, pengalaman, kebolehan untuk menjalankan tugas
? Menggunakan masa dengan berfaedah
 

2.3 Jaya diri.

? Berusaha mengembangkan potensi yang ada dalam diri sendiri untuk mencapai sesuatu kejayaan dalam hidup.

CIRI-CIRI

? Mengembangkan potensi, bakat dan mengorbankan masa, tenaga dan benda.
? Berpandangan positif untuk mencapai cita-cita
? Membuat perancangan secara sistematik.
? Mempertimbangkan kemahiran yang ada
 

2.4 Yakin pada diri sendiri

? Percaya kepada kebolehan diri sendiri dan sanggup bertindak.

CIRI-CIRI

? Suka mencuba dan tidak meniru
? Bersikap ingin maju dan membawa perubahan kepada diri,masyarakat dan negara
? Cuba mengatasi masalah sebelum minta bantuan orang lain
? Mempunyai azam dan tekat
? Menpunyai daya diri untuk meneruskan kerja yang kuat
 

Tandatangan buku penghargaan
Lihat Kandungan
Kembali ke laman belajar.
Kembali ke laman Moral