Jumlah momentum sebelum peluru ditembak = 0,
kerana pistol dan peluru pegun
Maka jumlah momentum selepas peluru ditembak
= 0
Katakan, m1 = jisim peluru
m2 = jisim pistol
v1 = laju peluru
v2 = laju sentakan pistol
Oleh kerana sentakan pistol adalah pada arah yang bertentangan dengan arah pergerakan peluru, maka tanda negatif ditambahkan sebelum v2 untuk menunjukkan arah yang bertentangan.
m1v1 + m2(-v2) = 0
(0.05) x + 1.50 x (-v2) = 0
maka v2 = (0.05) x 60) / 1.50
= 2 ms-1
Maka,
laju sentakan sentakan pistol adalah 2ms-1 pada arah bertentangan
dengan
arah
pergerakan peluru.
Sebuah roket dilancarkan dari permukaan
bumi. Pada awalnya roket adalah pegun dan mempunyai jumlah momentum sifar.
Terdapat satu selang masa sebelum ia dilancarkan kerana gas yang dipancut
memerlukan momentum yang cukup untuk mengatasi berat roket. Roket
seterusnya akan mengalami pecutan dan akhirnya dilancarkan ke angkasa lepas.
Animasi di sebelah dapat menunjukkan
proses pelancaran sebuah roket.
Seorang budak yang berdiri di atas sebuah troli melompat ke bawah. Tindakannya akan menghasilkan satu momentum ke belakang dan dengan mengekalkan jumlah momentum sifar, troli itu akan bergerak ke arah yang bertentangan dengan arah budak itu. Seluruh proses dapat ditunjukkan dengan animasi di bawah.