Make your own free website on Tripod.com


9.0 Kebersihan Fizikal dan Mental

? Kebersihan fizikal adalah kebersihan diri dan kebersihan persekitaran. Kebersihan mental pula adalah kebersihan pertuturan, perlakuan, pemikiran dan kerohanian.

9.1 Kebersihan Diri

? Kebersihan diri merupakan kebersihan tubuh badan yang perlu dijaga oleh setiap individu untuk menjamin kesejahteraan hidup.

CIRI-CIRI

? Sentiasa menjaga kebersihan tubuh badan dan pakaian
? Mempunyai disiplin diri yang tinggi dan memastikan diri berada dalam keadaan yang bersih sepanjang masa
? Melaksanakan tanggungjawab ke atas diri sendiri
? Amalkan cara hidup yang sihat spt tidak berkongsi tuala dan berus gigi
? Mendapatkan rawatan dengan segera apabila tidak sihat/dijangkiti penyakit
? Menjalankan aktiviti luar bilik darjah seperti bersenam, bermain dan berekreasi
? Mengamalkan tabiat memakan makanan yang seimbang
? Tidak merokok

9.2 Kebersihan Persekitaran

? Pemeliharaan alam sekeliling supaya bebas daripada kekotoran dan pencemaran.

CIRI-CIRI

? Bertanggungjawab menjaga persekitaran di mana-mana
? Berdisiplin dan gigih menjaga kebersihan persekitaran untuk mewujudkan suasana harmoni
? Bekerjasama menjalankan kempen kebersihan
? Mempunyai daya kreavitiviti untuk memelihara alam sekeliling
? Memastikan kelas sentiasa ceria
 

9.3 Pertuturan dan kelakuan yang sopan

? Pertuturan dan kelakuan yang terpuji yang perlu diamalkan oleh seseorang dalam hubungannya dengan orang lain ke arah mencapai kebersihan rohani dan jasmani

CIRI-CIRI

? Tidak menyinggung perasaan orang lain
? Mementingkan kemesraan
? Bersopan dan berbudi bahasa
? Tidak bertutur dengan melanggar norma masyarakat
? Tidak angkuh/pandang rendah orang lain(apabila berbicara)
 

9.4 Pemikiran yang Sihat dan Membina

? Pandangan, cadangan, pendapat dan pemikiran yang bernas dan ikhlas yang harus dipupuk untuk kebaikan diri dan masyarakat.

CIRI-CIRI

? Mempunyai daya usaha yang kuat
? Mempunyai kematangan berfikir, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah
? Mempunyai penaakulan yang bernas, logik, kritis dan membina keyakinan diri
? Berfikiran positif
? Tidak malu mengeluarkan pendapat
 

Tandatangan buku penghargaan
Lihat Kandungan
Kembali ke laman belajar.
Kembali ke laman Moral