Make your own free website on Tripod.com


8.0 Keberanian

? Kesanggupan seseorang untuk menghadapi cabaran dengan yakin dan tabah hati. Kebreranian itu perlu ada pada setiap orang tetapi ia harus tahu batas dan keupayaannya kerana keberanian yang melulu boleh mengakibatkan bencana.

CIRI-CIRI

? Sanggup hadapi risiko dan cabaran
? Berani mencuba sesuatu yang baru
 

8.1 Berani dengan tidak Membuta Tuli

? Sanggup dan bersedia menghadapi sesuatu cabaran atau dugaan dengan mengambil kira kemampuan yang ada dan juga akibat daripada tindakan yang akan diambil itu.

CIRI-CIRI

? Tenang dan tidak menuduh sebarangan
? Memikirkan kesan/implikasi tindakan
? Mementingkan keselamatan diri
? Membuat perancangan dengan rapi
? Mengetahui keupayaan dan kemampuan diri

8.2 Berani kerana benar

? Sanggup mempertahankan sesuatu yang diakui benar dengan memberi bukti-bukti yang nyata

CIRI-CIRI

? Sanggup mengaku dan berterus-terang
? Menghadapi rintangan, risiko dan implikasi untuk kebenaran dan kejadian
? Memikirkan kepentingan diri dan orang lain
? Sanggup membantu orang yang tidak bersalah
? Sanggup melakukan sesuatu untuk kepentingan bersama
? Mempunyai pendirian yang teguh dan tetap
 

8.3 Berani mempertahankan pendirian

? Sanggup mempertahankan sesuatu yang diyakini benar dengan memberi alasan-alasan yang munasabah.

CIRI-CIRI

? Memberi alasan yang munasabah
? Tidak mudah dipengaruhi, tegas
? Tidak ragu-ragu
? Berupaya menyelesaikan kekeliruan
? Tidak gementar
 

8.4 Berani bertanggungjawab

? Sanggup bertanggungjawab terhadap segala keputusan dan tindakan yang telah diambil

CIRI-CIRI

? Tidak terburu-buru
? Mengambil berat amanah
? Bertanggungjawab ke atas kebaikan dan keburukan
? Berfikir dengan mendalam
? Mengakui kesalahan dan kecuaian
? Berkeyakinan dan menyedari kemampuan
? Melakukan kerja dengan bersungguh-sungguh,berhati-hati dan buat perancangan
 
 

Tandatangan buku penghargaan
Lihat Kandungan
Kembali ke laman belajar.
Kembali ke laman Moral