Make your own free website on Tripod.com

1.0  Baik Hati

? Sikap yang sentiasa mengambil  berat perasaan dan kebajikan orang lain secara tulus ikhlas. Sikap baik hati ini boleh dilihat dengan menilai tindak-tanduk seseorang terhadap orang lain.
 

1.1 Belas kasihan

? Perasaan simpati terhadap kesusahan dan kesedihan orang lain.

CIRI-CIRI

? Memahami perasaan orang lain dan bresimpati terhadap kesedihan dan kesusahan
? Menghulurkan bantuan kepada mangsa kemalangan, orang cacat dan orang tua
? Peka kepada keperluan/kehendak golongan tua, golongan cacat, dan golongan miskin dengan menderma\melawat mereka.
 

1.2  Bertimbang Rasa

? Mengambil kira keperluan dan perasaan orang lain.

CIRI-CIRI

? Bersikap adil, memahami perasaan, minimbang keperluan/hak.
? Harus ditunjukkan kepada jiran, orang tua, kanak-kanak miskin, orang sakit, wanita, mangsa dan haiwan.

1.3 Murah Hati

? Sedia memberi bantuan secara ikhlas kepada mereka yang memerlukan sama ada dalam bentuk kebendaan atau sokongan moral.

CIRI-CIRI

? Tidak teragak-agak menghulurkan bantuan secara ikhlas tanpa mengharapkan ganjaran atau pujian
? Sumbangan secara ikhlas dan bukan untuk menunjuk-nunjuk
? Menderma dan bersedekah kepada golongan yang kurang bernasib baik. Cth: banjir, bencana, atau kebakaran
? Sanggup berkongsi barang kepunyaan sendiri. Cth: makanan, pakaian, pensil
 

1.4 Saling faham- memahami.

? Kesanggupan untuk saling menerima pendapat serta memahami perasaan dan keperluan masing-masing.
 

CIRI-CIRI

? Mengambil berat masalah/kesusahan orang lain dan cuba sedaya upaya menyelesaikannya.
? Berterus-terang supaya menimbulkan syak wasangka
 

1.5 Sedia memaafkan

? Tidak menaruh dendam terhadap orang yang telah insaf akan kesalahannya
 

CIRI-CIRI

? Rela menerima pengakuan orang yang insaf
? Tidak menaruh dendam terhadap orang yan melukai hati kita
? Memaafkan orang yang salah---beri peluang kedua
 

 
Tandatangan buku penghargaan
Lihat Kandungan
 
Kembali ke laman belajar.
Kembali ke laman Moral